Al-Fatihah
Assalamualaikum
Ayahanda ku yang tersayang, Abas Bin Jantan telah kembali ke Rahmatullah pada hari Khamis, 8 Syawal 1426 bersamaan 10 November 2005 pada jam 11.15mlm di Hospital Besar Melaka.
Selamat dikebumikan pada hari Jumaat, 9 Syawal 1426 bersamaan 11 November 2005 pada jam 11.00 pagi di tanah perkuburan Islam Merlimau.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.
Pergi Tak Kembali - Rabbani
"Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa
Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada...lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata
Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya
Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...ke sana
Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim
Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi
Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi"
................
Wasallam
1 Comments:
Terima kasih.
Alhamdulillah, anak2 ada disisi arwah semasa arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir.
By PokDin, at 2:05 PM
Post a Comment
<< Home